Ya Allah semoga Engkau memberkati kami
Hari ni aku baca tentang khalifah Umar bin Abdul Aziz, Umar bin Abdul Aziz adalah cicit ke kepada Khalifah ar-Rasyidin Umar Al-khatab. Aku amat2 la kagum dengan kezuhudan umar abdul aziz, masyaallah, alangkah indahnya andai aku dikurnai sifat seperti beliau, dari sejarah yang aku baca, umar abdul aziz seorang yg sgt adil dalam pemerintahannya dan yg aku boleh ingat, beliau dtg lambat ke masjid pada hari jumaat, bila ditanya mengapa lambat, beliau berkata beliau hanya punya 1 jubah untuk dipakai dan beliau terpaksa menunggu kering utk dipakai ke masjid, masyaallah, betapa zuhudnya lelaki itu. Aku tertegun bila mengingati dalam almari aku, Ya Allah byknya pakaian aku, seorang amirul mukminin hanya ada sehelai jubah yang bertampal dua belas...sedang aku..Ya Allah kasihanilah aku...tetapkanlah hati ku dalam kemurahan MU Ya rabbi...
Ini cerita tentang bulan
Bulan bg tahu aku, matahari sms dia jam 8.40 pagi 12 Mei...bulan tersenyum, lebar sgt, mengaku yg matahari telah kembali semula kepada dia. Indah senyuman bulan, aku cuma takut bulan kecewa dan terluka lagi dengan matahari, kerana bulan amat2 la percaya apa yg matahari cakap, namun aku tahu sifat bulan, bulan cepat serik...Bulan mengaku, kehilangan matahari membuatkan dia jadi org yg lebih menginsafi diri sebagai hamba yang tak bersyukur. Ghaibnya matahari mejadikan siangnya gelap namun dia kembali mencari cahaya Ilahi, senang ckp la...bulan mengadu semua perasaan dan apa yg dia rasa pada Allah, bulan mula bertadarus, mula menghafal juzzu amma dengan maknanya sekali, itulah rahmat kehilangan matahari. Tapi bulan gembira bila matahari dtg semula namun bulan bersedia jika matahari kembali terbenam ke orbitnya. Semalam matahari cakap pada bula yg kekasih hatinya sakit, bulan yg berdebar kencang, tak putus2 berdoa semoga Allah memberi kesembuhan pada mereka, Bulan sayang kesemua yg matahari ada, bulan sayang apa yg matahari sayang....dan kerana itu bulan lepaskan matahari dari pandangannya demi untuk mereka yang matahari sayang..
byk lagi bulan cerita pada aku...tapi belum ada mood nak tulis pasal nk sambung baca pasal khalifah umar bin abdul aziz
Posted at 07:42 am by
azarizaazira