salam...
aku sangat suka tulis puisi...so sapa yg minat bacalah....
Ku hamparkan kasih untuk mu
Dalam relung-relung cinta yang amat daïf
Melarik rindu ke angin lalu
Memaut pada satu hempusan yang tak pernah pupus
Kuat, kencang,nyaman dan perlahan
Tapi masih bisa dirasa bias hembusnya
Sedetik lara datang, sedetik jua lara pergi
Ada waktu pedih yang mengundang
Namun…
Rasa indahnya lebih merona
Bergurindam dalam setiap denyut nadi yang bergendang paluannya dikalbu
Nafas kadangkala terjerat…
Dalam resahnya malam yang panjang
Tapi hati tetap berkata yakin pada cinta
Kerana tunjang sudah tertanam dalam setiap darah yang mengalir
Mentari esok usah direncana..kerana kalau itu takdirnya
Tidak berguruh pun hujan kan turun jua.
Membasah tanah gersang yang tandus..
Dalam kemarau rindu yang maha panjang…
Cinta ditiup lagi pada seruling rindu yang bergemersik lagunya
Entah bila kan terhenti biar nafas yang menjawabnya.
Pelarik Tinta
Azarizaazira
16 Febuari 2009, 8.39 malam