|
|
 |
 |
Monday, May 18, 2009
Ya Allah semoga Engkau memberkati kami
Hari ni aku baca tentang khalifah Umar bin Abdul Aziz, Umar bin Abdul Aziz adalah cicit ke kepada Khalifah ar-Rasyidin Umar Al-khatab. Aku amat2 la kagum dengan kezuhudan umar abdul aziz, masyaallah, alangkah indahnya andai aku dikurnai sifat seperti beliau, dari sejarah yang aku baca, umar abdul aziz seorang yg sgt adil dalam pemerintahannya dan yg aku boleh ingat, beliau dtg lambat ke masjid pada hari jumaat, bila ditanya mengapa lambat, beliau berkata beliau hanya punya 1 jubah untuk dipakai dan beliau terpaksa menunggu kering utk dipakai ke masjid, masyaallah, betapa zuhudnya lelaki itu. Aku tertegun bila mengingati dalam almari aku, Ya Allah byknya pakaian aku, seorang amirul mukminin hanya ada sehelai jubah yang bertampal dua belas...sedang aku..Ya Allah kasihanilah aku...tetapkanlah hati ku dalam kemurahan MU Ya rabbi...
Ini cerita tentang bulan
Bulan bg tahu aku, matahari sms dia jam 8.40 pagi 12 Mei...bulan tersenyum, lebar sgt, mengaku yg matahari telah kembali semula kepada dia. Indah senyuman bulan, aku cuma takut bulan kecewa dan terluka lagi dengan matahari, kerana bulan amat2 la percaya apa yg matahari cakap, namun aku tahu sifat bulan, bulan cepat serik...Bulan mengaku, kehilangan matahari membuatkan dia jadi org yg lebih menginsafi diri sebagai hamba yang tak bersyukur. Ghaibnya matahari mejadikan siangnya gelap namun dia kembali mencari cahaya Ilahi, senang ckp la...bulan mengadu semua perasaan dan apa yg dia rasa pada Allah, bulan mula bertadarus, mula menghafal juzzu amma dengan maknanya sekali, itulah rahmat kehilangan matahari. Tapi bulan gembira bila matahari dtg semula namun bulan bersedia jika matahari kembali terbenam ke orbitnya. Semalam matahari cakap pada bula yg kekasih hatinya sakit, bulan yg berdebar kencang, tak putus2 berdoa semoga Allah memberi kesembuhan pada mereka, Bulan sayang kesemua yg matahari ada, bulan sayang apa yg matahari sayang....dan kerana itu bulan lepaskan matahari dari pandangannya demi untuk mereka yang matahari sayang..
byk lagi bulan cerita pada aku...tapi belum ada mood nak tulis pasal nk sambung baca pasal khalifah umar bin abdul aziz
Posted at 07:42 am by azarizaazira
Permalink
Monday, May 11, 2009
Bulan...lepaskan matahari dari pandangan mu..
Bulan jumpa cantik..bulan cakap ngan cantik...
Bulan : Cantik kenapa bulan susah nak lupakan matahari, kenapa bulan asyik ingat matahari, kenapa matahari asyik datang dlm fikiran bulan
Cantik : bila kita ikhlas syg kat seseorang mmg susah kita nak lupakan dia, bulan kene lah berusaha...kan cantik dah pesan byk kali kat bulan, org yang kita cinta biarlah dia bahagia dengan orng yang dicintainya..
Bulan : Tapi dulu matahari janji dia akan sayang bulan untuk selamanya n sampai bila, matahari tipu bulan ker? bulan ingat lagi, bila bulan ckp dengan matahari yang bulan dah tak de hati, matahari ckp dia akan buat hati baru untuk bulan dan dia jaga hati bulan tu...apa maknanya..kenapa matahari buat bulan mcm ni???
Cantik : Bulan...bulan kene faham, waktu matahari cakap mcm tu pada bulan dulu, dia terlupa siapa diri dia, dia terlupa yang dia dan bulan berlainan orbit dan kalian tak kan digandingkan, pertemuan bulan dan matahari cuma percaturan takdir dan ujian untuk bulan..Bulan juga harus tahu, yang matahari mungkin dah lakukan satu kesilapan dengan membuka hati bulan, bulan maafkan lah dia, kan Allah yang buat hati dia jadi mcm tu kenapa bulan nak sedih, bulan percaya takdirkan...
Bulan : Bulan cuba yer..cuba untuk melupakan matahari...bulan takut sebenarnya, bulan tak nak lupakan matahari...kalau bulan lupakan matahari maknanya bulan akan tutup hati bulan selama-lamanya untuk matahari...
cantik : Itulah yang paling baik sebenarnya..bulan mesti lupakan matahari ya...
kenapalah dengan bulan ni..mengerti lah hakikat diri, bulan selalu pikir, kalau membuang memori yang ada seindah menukar hari kan senang...hari ni hari yang panjang...jadi kita ingin lupakan nya bila matahari esok ada....tapi matahari bulan tetap satu yang akan bulan kenang untuk selama-lamanya
Posted at 02:16 am by azarizaazira
Permalink
Sunday, May 10, 2009
......Rasa.....
Apa yang aku rasa, apa yang cantik rasa dan apa yang bulan rasa, adakah semuanya sama dan diterjemahkan dalam genre yang berlainan mengikut tatabahasa yang berlainan juga cuma dari naluri dan hati yang sama..(kalau sapa yang tak faham mohon maaf - penulis sedang dalam kerasukan yang amat..huwa..huwa..huwa...)
Aku..
Dah 2 hari kene migrain ya Allah, sakitnya bukan kepalang..makan ubat migrain pun tak jalan..hehhehe...aku tau apa puncanya..aku telan coke 3 tin seminggu, mau tak migrain, minum nescafe lagi..suppliment tak makan itulah padahnya kalau org tak de displin..dah tau coke tu bahaya gi telan buat apa...dah empat hari bulan bersinar terang..seperti bertanya khabar aku...dan menyatakan usah bersedih...aku masih syg kamu....mlm smlm gi laut mkn ikan bakar..ikan nyer pada aku tak sedap mana yang paling best ialah bau masin laut...indah sgt..deruan ombak buat aku leka tentang perkara yang aku fikirkan dan yang berlegar2 di ingatan aku setelah sekian lama ianya berlalu (lama ker....last day hari isnin)...ye lah kalau asyik fikir je mmg la rasa lama..masa aku sakit..abg ckp abg wish dia mati dulu dari aku..supaya dia tak sedih..n dia kata kalau dia mati dulu aku ramai lagi org nak..(abg ckp..aku boleh jer ym samsi ajak kawin..hehehehe..apa lah abg tu...ingat samsi nak ker ngan aku..) aku ckp ngan abg..samsi tu dah ada bini...anak tiga, tak sanggup aku nak rampas org punya, klu yer pun pikir ler org lain yg single...(abg mmg suka gurau sama ngan aku, kdg2 gurau terlampau)
Cantik
Cantik rindukan tam, rindu sangat2 tapi cantik tak tau nk cakap nak ckp mcm mana dan cantik dah janji dalam diri tak kan hubungi tam, sbb cantik nak tam tau yang cantik dah lupakan dia walau pun hakikatnya setiap hari cantik berdoa Allah akan jumpa kan dia dgn tam walaupun sekejap jadilah..walau pun nampak dari jauh pun jadilah, mlm semalam cantik mimpi tam...mimpi bergurau2 dengan tam turun lif dari tingkat 7, apa maknanya..adakah tam pun punya rasa yg sama pada cantik. Cantik tak de jawapan, dan cantik takut nak ajukan soalan tu, sbb cantik tahu jawapan nya akan kcewakan dia, yg cantik cuma tunggu adalah keajaiban telefon nya akan berbunyi dan tertera no tam di skrin...tapi bila..namun cantik yakin, dan di suatu masa dihari yang indah tam akan call dia, seminit pun jadilah..itu yang cantik selalu harap setiap hari, menanti dan menanti cantik pun tak tahu...cantik bodoh ker menanti buah yang tak kan gugur..cantik bodoh ker menunggu bulan jatuh ke riba, walau cantik tahu bulan takkan jatuh punya, habis kenapa cantik tunggu..kenapa cantik mesti seksa diri..sbb janji tam..ye..sebab janji tam..tam cakap akan sayang cantik sampai bila2. Entah la..kesian cantik..dalam hati cantik masih penuh dengan sayang pada tam..tapi tam agaknya dah lama lupa dan buang cantik jauh2 dari hidupnya...tapi akhir-akhir ni bulu mata cantik selalu jatuh, tam rindukan cantik ker...jawablah tam.walau pun hanya dengan satu miss call...
Bulan
Ni bicara bulan pada matahari, walaupun bulan tahu...adalah sangat mustahil untuk matahari memandang bulan lagi, gerhana kelmarin adalah keajaiban, anugerah Allah, tapi bila bulan dan matahari sudah berputar di orbit masing-masing mungkin kah keajaiban akan berlaku lagi? Berdoalah bulan, semoga kau dapat merenung matahari walau pun dari jauh dan walaupun hanya sekali dan walau pun matahari tak memandang ke arah mu. Matahari bahagia di orbitnya..berputar menurut fitrah alam..sedangkan kamu kenapa menunggu lagi..berhenti tidak mahu berlegar diorbit mu..kasihan cakerawala lain yang menanti cahaya mu. berserulah bulan...Allah akan mengasihani mu..berserulah bulan..Allah akan mendengar kata hati mu...kerana Allah yg membuka dan Allah jua yang menutup hati hamba2nya.Bulan selalu bertanya..Wahai Allah, mengapa keajaiban kelmarin berlaku...adakah itu ujian atau adakah itu anugerah..hanya Allah yang Esa yang maha mengetahui. Gerhana kelmarin meninggalkan kesan yang lama dijiwa, sukar membuangnya tak sesukar menerimanya...leraikan lah bulan...tangkai2 rindu yang bertamu dihati mu...biar lirih jatuh kebumi...lalu limpahi lah bumi dengan cahaya mu...cakerawala dibumi selalu sering menanti...ajarlah diri bulan....yang..cukuplah sekadar cinta dalam hati...Matahari harap kau mendengar cinta di dalam hati bulan..
wassalam
Posted at 09:30 am by azarizaazira
Permalink
Tuesday, May 05, 2009
ni pun lagu jugak..aku suka sgt lagu ni...
Mungkin Ini Memang Jalan Takdirku Mengagumi Tanpa Di Cintai
Tak Mengapa Bagiku Asal kau pun bahagia Dengan hidupmu
Telah lama ku pendam Perasaan ini Menunggu hatimu Menyambut diriku
Tak Mengapa bagiku Mencintaimu pun adalah Bahagia untukku
Ku ingin kau tahu Diriku di sini Menanti dirimu Meski ku tunggu hingga Hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...
Dan izinkan aku Memeluk diri mu Kali ini saja..
Ku ucapkan.. Selamat tinggal untuk selamanya... Dan berharap rasa ini bahagia
untuk sekejap saja...
Mencintai tak semestinya memiliki....bila seseorang mencintai kita...cinta dtg tanpa sebab..dalam ertikata lain..cinta satu perasaan anugerah dari Allah..untuk seseorang....yang mencintai dan dicintai..kenapa seseorang jatuh cinta pada seseorang lain...tak kan ada jawapannya kenapa..yang ada cuma lah alasan...dan bila seseorang dah tak lagi mencintai kita juga tak ada jawapan kenapa dia dah tak mencintai kita...kerana pada aku..cinta anugerah Allah untuk dia...dan Allah juga berhak mengambil semula rasa cinta yang dianugerahkan kepada seseorang....dan orang yang kita cinta biarlah dia bahagia bersama orang yang dicintainya...
Cinta adalah dua rasa dalam satu debaran...betul kan....???
aku suka bait-bait puisi ni...
Perasaan cinta di mulai dari tatapan mata
Dan ….
perasaan suka di mulai dengan pendengaran telinga
Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang
yang harus kamu lakukan adalah
Menutup telinga mu,
Tetapi…
Jika kamu mencuba untuk menutup matamu,
Cinta akan berbalik
Menjadi titsan air mata yang
Akan selalu berbekas di
Hati mu selamaya…………..
--------------------------------------------------------
Kita mungkin hanya akan ambil masa 1 minit untuk sukakan seseorang, 1 jam untuk jatuh cinta pada seseorang...tapi kita mungkin akan ambil seusia kita untuk melupakan seseorang
Itulah kuasa cinta...cinta itu indah...tapi cinta juga akan buat manusia yang leka merana sepanjang usia..dan ingatlah...hanya cinta pada pencipta yang akan buat kita bahagia selamanya....
Posted at 12:21 pm by azarizaazira
Permalink
Malam ni aku nk tulis lagu ni......(aku suka sgt lagu ni...tapi dlm pada masa yg sama aku bengang n sedih dgn apa yg irwansyah buat kat camelia ni- dlm ertikata lain...kalau jumpa aku rasa cam nak lempang jer lelaki ni...)
Camelia maafkanlah aku Karena ku tak bisa temani tidurmu Camelia lupakanlah aku Jangan pernah lagi kau temui aku
Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku Kau wanita yang tegar Aku mohon lupakan aku
Sudahlah jangan menangis lagi Ku rasa cukup sampai di sini Mungkin di suatu saat nanti Kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku Jangan pernah ungkit masa lalu Ku takut kekasihku pun tahu Kau pernah menjadi simpananku
Camelia…
Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku
******lelaki..betapa mudahnya bercakap..kemudian mohon dilupakan segala janjinya2nya...pernah ker...irwansyah pikir...yang dia tahu dia dah ada kekasih tapi masih memberi harapan pada camelia, wanita sangat mudah menyayangi bila hatinya dibelai dan bila camelia dah buka hati dia, senang2 jer irwansyah suruh dilupakan...mudahnya...
Apa yang lelaki mcm dia pikir tentang perasaan wanita, buat wanita jatuh cinta dengan pujuk rayunya..dengan janji manisnya kemudian dengan mudah dia ckp..Sudah cepat lupakanlah aku Jangan pernah ungkit masa lalu....hahaha...kepala hotak..ingat perasaan pompuan ni apa...barang mainan diambik bila perlu campak bila rasa tak perlu...Ku takut kekasihku pun tahu Kau pernah menjadi simpananku pastu takut..kekasih tahu ada org lain...senangkan...konon2 baru sedar dari kesilapan...errgghhhh....lelaki oh lelaki..mudahnya kau mainkan perasaan perempuan...(aku emo giler dengar lagu ni...sedih..kesian kat camelia...) Kenapa mesti datang dan approach wanita lain kalau tahu dah berpunya...merayu, berjanji untuk setia selamanya...tapi bila dah tak suka beri macam2 alasan...rasa terkongkong la...apa ni... tak nk lukakan perasaan kekasih nya la...hahahha....entah lah...pengajaran untuk semua wanita....jgn benarkan lelaki memiliki seluruh hati kalian...
Aku sebetulnya prejudis dengan lelaki...menutup hati ku untuk mencintai lelaki selamanya.....kerana pengalaman dan kehidupan buat aku amat prejudis...namun aku tertewas....dan akhirnya aku jatuh dan terluka sendiri...kerana tulah aku prejudis..biarkan aku jaga hati aku sendiri, lelaki bukan selayaknya untuk diberi hati wanita untuk dijaga...mampukah mereka..membayar semua pergorbanan yang wanita buat...kadang2 wanita perlu membayar dengan airmata demi untuk mendapatkan cinta dan perhatian mereka...dan mereka mudah2 melupakannya....
samalah mcm bulan dan matahari...matahari mengaku jatuh cinta pada bulan kali pertama melihat bulan....memberi harapan pada hati dan jiwa bulan yang dah lama mati pada cinta, membuka ruang hati bulan yang dah lama terkunci dan tertutup rapat dari cinta lelaki...matahari berjanji...walau tak dapat bersama tapi cukup sekadar dia dapat merasa cinta bulan kepadanya...berjanji mencipta hati baru untuk bulan....berjanji mengajar bulan tentang rasa cinta itu bagaimana kerana bulan telah lama melupakan nya...tapi bila bulan telah membuka hatinya yang bertahun2 tertutup rapat...matahari meninggalkan dia sendiri dengan alasan bulan sudah dimiliki.....apa maknanya...matahari mengaku yang dia telah buat kesilapan jatuh cinta pada bulan tanpa sedar ....mudahnya matahari cakap macam tu...sedar ker dia betapa seksanya bulan bila matahari tak bersinar terang...melupakan tidak semudah itu...kerana bulan telah patri matahari dihatinya...dan yang tinggal cuma bulan...dan mungkin bulan bahagia dengan kenangan yang pernah matahari tinggalkan untuknya ( salah bulan juga...kenapa percaya pada matahari....entah la soal hati bukan mudah untuk disoal begitu)
for those person yang baca...yang baik jadikan lah teladan dan yang buruk jadikan sempadan...aku menulis untuk menyatakan apa yang sepatutnya...kerana ini medan yang buat hidup ku jadi indah...( Untuk matahari...fikirlah apa yg kau buat pada bulan...Untuk bulan...fikirlah apa yang matahari ada, jangan lukakan hati org yang tak sepatutnya...fikir2lah..)
Posted at 11:41 am by azarizaazira
Permalink
Aku rindu kat adik2. Pagi tadi aku terjaga pukul 4.45 pagi tiba2 aku teringat pada adik2, kami mmg selalu keep in touch dlm semua soal...lagi2 soal duit. Malam tadi hati aku tergerak nak call adik aku no 4, nama dia hairul atau kami panggil dia erol, dia tempat aku bermanja bila nak ketuk bab2 baju ker...apa2 lah yg aku nak beli tapi tak nak pakai duit aku...hehehe...waktu aku call dia, dia tengah tension sbb dapat offer keje kat KL tapi kapal nak belayar esok...dlm pada masa yang sama dia kene balik penang sbb nak kene cop jabatan laut penang...tu yg buat dia pening kepala...kesian adik aku...aku cuma mampu doa kan dia....klu aku tak guna kete aku dah lama aku shoot bwak dia gi penang..aku selalu pesan ngan dia...hidup ni yg pertama Allah, yakin dengan Allah, baik sangka dengan Allah..insyaallah hidup bahagia kat dunia ni...
Aku pun rindukan angah..angah paling rapat ngan aku, walau pun angah adik yg lebih muda 5 tahun dari aku..tapi angah selalu bersikap mcm abang...dulu waktu aku demam angah la yg masak kan mi sup untuk aku...bila balik2 cuti semua ada kat rumah..angah la yg buat sarapan...aku dulu x suka buat keje rumah..perangai cam jantan...time raya dulu aku ingat lagi...aku biasa akan tolong abah cat umah buang sawang2 kat umah, tolong la keje2 abah..tapi angah akan tolong mak masak rendang, masak ketupat dan masak la apa2 pun makanan untuk raya, sbb tu aku tak rapat ngan mak..mak pun syg angah lebih dari aku..(hehehe,,tu kata aku jer,,,mak sama jer,,,) tapi mak declare dlm ramai2 anak dia angah la yg paling taat, dengar apa ckp mak..sbb tu angah jadi org berguna skrg...aku pun berguna gak la...
Bila dah dewasa aku betul2 jadi kak long...semua masalah kebanyakkan adik2 akan rujuk kat aku, lagi soal2 cinta dan soal mereka nak bertunang dan kawin, kat umah adik2 panggil aku akak la...(dak akak..bahasa org melaka) sepupu panggil kak iti...sepupu yg sengal skt panggil aku iti dari angkasa lepas...otak derang.... waktu angah nak kawin pun cari aku, tanya aku...first2 sekali nk pegi merisik adik aku no 3, nama dia abu zarin..aku ngan adik2 lain panggil dia pak tam...pasal dlm adik beradik aku the most hitam dia lah...nak bertunang punya lah payah nak negociate ngan keluarga pompuan..last2 aku yg kene negociate...hantaran pun aku buat...past tu angah nk kawin..aku gak gi kelantan wakil keluarga lelaki bwak mak ngan abah...ni sekarang dah ada bau2 erol lak nk bertunang..awal2 dah ckp..akak nnti bulan 7 gi meminang yer...tinggal tka jer...itu lah adik2 aku...wpun derang tak belajar tinggi tapi aku bangga atleast derang sayang kat aku...hehehehe...
sebetulnya aku sgt2 rindu waktu membesar dengan derang...kami susah dulu..angah skola dapat scolarship..angah selalu bg aku duit biasiswa dia sikit..masa tu aku ambik diploma...bila aku dapat pinjaman aku lak hulur kat angah bila angah tak de duit, semua tu mak tak tau...sbb klu mak tau jgn harap dapat elaun dari mak...dulu masa kecik...aku selalu main lastik2 ngan derang pakai jagung ayam..heheheh...sekali kene lebam beb...panjat pokok..sama ngan derang, tangkap ikan kat sawah...aku mmg awek kg...yg mcm lelaki...sgt mcm lelaki...argghhh....rindu pada tu semua...namun masa tak kan boleh diputar semula...
waktu aku lepas besalin adam, aku ckp dengan adik2 kalau korang tau mcm mana sakit besalin...Demi Allah...tak kan korang melawan mak punya...lepas aku besalin kan adam aku makin sayang kat mak ngan mama (mk abg) terima kasih sbb lahirkan abg untuk aku...
Dah panjang aku membebel...nak siap...jap lagi nk gi jual dadih..(senaman dapat duit)..hehehhe....
untuk semua yang membaca..."andai mati punca perpisahan...biarlah hidup penyambungnya...tapi andai hidup punca perpisahan, biarlah ianya memberi erti yang nyata".
wassalam
Posted at 03:55 am by azarizaazira
Permalink
Monday, May 04, 2009
salam...
aku sangat suka tulis puisi...so sapa yg minat bacalah....
Ku hamparkan kasih untuk mu
Dalam relung-relung cinta yang amat daïf
Melarik rindu ke angin lalu
Memaut pada satu hempusan yang tak pernah pupus
Kuat, kencang,nyaman dan perlahan
Tapi masih bisa dirasa bias hembusnya
Sedetik lara datang, sedetik jua lara pergi
Ada waktu pedih yang mengundang
Namun…
Rasa indahnya lebih merona
Bergurindam dalam setiap denyut nadi yang bergendang paluannya dikalbu
Nafas kadangkala terjerat…
Dalam resahnya malam yang panjang
Tapi hati tetap berkata yakin pada cinta
Kerana tunjang sudah tertanam dalam setiap darah yang mengalir
Mentari esok usah direncana..kerana kalau itu takdirnya
Tidak berguruh pun hujan kan turun jua.
Membasah tanah gersang yang tandus..
Dalam kemarau rindu yang maha panjang…
Cinta ditiup lagi pada seruling rindu yang bergemersik lagunya
Entah bila kan terhenti biar nafas yang menjawabnya.
Pelarik Tinta
Azarizaazira
16 Febuari 2009, 8.39 malam
Posted at 03:34 am by azarizaazira
Permalink
Hidup ni mmg tak pernah lari dari dugaan..biasa lah...pagi tadi tka antar sms...sedih bunyi nyer...dia cuba bg tau yg abg dia (angah) dah tak pedulikan dia lagi...bukan itu sebenarnya...hidup ni kene pikir positif..belajar meraikan masalah orang lain...dan dlm hidup ni kita kene ajar hati dan diri supaya bersedia meneriama apa2 pun ketentuan yang melibatkan perasaan mcm angah dengan tka..angah tu baru kahwin, byk perkara yg dia kene pikir..n maybe tka tu perkara remeh jer bg angah...lelaki kan suka bg alasan tak nak pikir benda remeh temeh...poooo dahhhh.... ye la tu, tka pulak mungkin rasa kehilangan dan diabaikan sbb sebelum ni perhatian angah untuk tka sorang, skrg dah kene bg dua...hehehe..itulah hidup, semua nya akan mematangkan kita untuk mendepani hari esok..mcm aku jugak...hidup ni mmg tak selalu indah...tapi kita harus pikir, apa yang Allah bg tu lah sebenarnya yang baik untuk kita so kene lah berbaik sangka dengan Allah dan kalau apa2 yang berlaku disebabkan orang lain...kdg2 Allah dtg kan org itu untuk menguji sejauh mana iman kita. Alhamdulilah...kiranya kita masih beriman, tapi kiranya iman kita hampir2 tewas...istigfarlah byk2 kepada Allah. Hari ni mcm biasa aku lalui..cuma penat masyaallah kemas umah, 3 hari cuti adik2 wat sepah..huhuhu...nasib abg rajin tolong kemas..klu tak mau menangis aku kemas sorang.
Petang, balik dari bank singgah nursery (nursery lagi...) cari pasangan untuk petunia yg kesepokokan tu ( tak kan nk tulis keseorangan lak...petunia kan pokok..jadi kesepokokan la kan???) tak de pulak...dah habis...daisy gerbera pun habis...la apa jer yg tinggal pokok palm..aku tak minat pokok rupa tu....mahal lak tu, yg minat abg. Nasib baik la minat aku ngan abg tak sama, aku minat pokok ada bunga, abg pulak minat pokok daun...bila di join kan sempurna lah...itu lah kejadian Allah...abg sgt sempurna..aku jer yg tak sempurna, disebabkan ke tak sempurnaan aku ni la...aku asyik betekak je ngan abg...
Cau dulu la...nak baca novel jap..rehatkan minda..mlm ni nak jual dadih lagi...
Semoga kita semua bahagia.
Untuk semua teman-teman aku :
" Aku bukan teman sempurna yang kau cari, bukan juga yang terbaik diantara semua teman yang kau ada...tapi aku adalah teman yang selalu ingat pada kau"....
Posted at 03:15 am by azarizaazira
Permalink
Friday, May 01, 2009
Hari ni..1 Mei 09...sekejap jer dah 1 Mei..dari 24 Disember...(hehehe..ada2 jer ayat nek menyelit..tak serik2) Hari ni macam biasa la..sibuk hari cuti umum..adik2 nak nasi ayam...so baru siap masak nasi ayam.smpi tangan kene periuk panas (hehehhe...pahala tu)....sepatutnya pagi tadik..bersihkan flower port ngan abg...tapi dah masak nasi ayam..flower port pun ntah kemana..abg lak ada hobi baru..(geram sgt) jadi fly hunter...24 jam nak tembak lalat...(ikut la..asal bahagia). Semalam pegi nursery pokok, puan pengerusi bagi bajet..dpt la dlm RM 50, aku mmg hepy giler bila pegi nursery pokok..sepuluh jam dlm tu pun tak per...sama cam klu gi kedai buku..sampai2 jer..abg sound aku..tgk adam, dukung dia..aku pun yelah...kebetulan adam pakai kasut, aku pun bagilah dia jalan2 ikut belakang aku, setengah jam pertama semuanya ok...aku pun merayau2 la..dalam nursery cari pokok yg aku suka...dan aku dah lupa yg abg suh aku jaga adam, abg pun tgk2 pokok...tiba2 aku dengar suara adam menjerit...ya allah..aku pandang belakang tgk rupanya anak aku dah masuk dlm lumpur kat nursery tu...habis semua kasut, baju n seluar dia kene lumpur...abg apa lagi membebel la....ckp aku klu dah jumpa pokok apa pun x ingat...hehehhe...nk buat camana..itu jer yg boleh buat aku lari dari peristiwa 3 jan 09..Byk gak la dpt pokok...n cantik dan besar, abg pandai tawar pokok harga 60 abg dapat 30...dan balik umah sekali lagi aku menghabis kan masa mengadap semua pokok tu...bahagia rasa bila tengok pokok hidup subur dan berbunga...dapat gak hirup udara segar....
Posted at 01:48 pm by azarizaazira
Permalink
Monday, April 27, 2009
Asslamulaikum semua...
Kepada kwn2 ...selamat bertemu semula..dah 3 tahun tak tulis blog ni..so sekarang maybe dah tiba masa nk update semua...hidup aku

mcm biasa la..cuma..dah ada seorang budak kecik ni..nama dia adam haikal...ni la gambar dia slps 5 jam keluar...ya Allah sakitnya..tak dpt nk terangkan..aku mula sakit dari pukul 9.10 mlm 9 April 2007 smpi pukul 6.40 pagi 10 April baru dia keluar..alhamdulilah. skrg dia dah 2 tahun...
nnti update lagi..nak solat isyak...baru balik jual dadih....penat ler...past ni nak tlg abg tutup dadih lak...nasib buat 300 jer...
Posted at 07:21 am by azarizaazira
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|